picture header

picture header

Friday 22 March 2013

Antara Herba Berkhasiat di Taman Herba ZS NUSANTARA HERBS.



Nama : Buah peria katak


Khasiat : Mengurangkan kandungan gula dalam darah ( kencing manis ) , mengandungi antidotal , tonik anti piretik yang boleh membuka selera, ubat sakit perut , mengurangkan kerabunan , dapat menurunkan kadar kolestrol , mengatasi masalah kerunsingan  dan hipertensi , kurang zat dan lemah metabolik karbohaidrat, Juga boleh mengubati penyakit kuning , sawan , sakit dalam perut dan meredakan ketegangan. Bertindak balas dengan hati dan perut dan ia membersihkan hati , menyejukkan badan dan bertindak terhadap toksid dalam tubuh.
Buah ini termasuk dalam adunan penawar kencing manis zs nusantara herbs.

Nama Pokok : Pokok sari bangkok

Khasiat : Amat mujarab untuk menghilangkan kurap badan dan gatal- gatal kulit. Digosok pada kurap.
zs nusantara herbs telah memasukkan dalam minyak Khasiat ( sejuk dan panas) keluarannya.

Nama Pokok : Pecah Beling , Pecah Kaca , Jin Batu.

Khasiat : Merawat kenser , kencing manis serta batu karang. Sebagai ejen diuretik , mampu merencatkan pertumbuhan retrovirus ( ejen dalam jangkitan virus AIDS dan mampu merencatkan pertumbuhan sel leukemia ) ,bertindak merencatkan pertumbuhan sel kenser kolon, kenser hati, kenser ovari dan kenser buah dada , mampu menurunkan paras kolestrol darah.
ZSNusantara Herbs telah memasukkan pokok ini dalam      
 produk penawar kencing manisnya.

Nama Pokok : Cekak Manis Gajah


Khasiat : Merawat kenser dan ketumbuhan , 



Nama Pokok : Pokok Basmah, Pokok Bismillah.

Khasiat : Menurunkan paras gula dalam darah , menurunkan paras kolestrol darah , mengurangkan tekanan darah tinggi.

Pokok ini telah dimasukkan dalam adunan Penawar Kencing Manis dan Darah Tinggi keluaran ZS Nusantara Herbs.
Nama Pokok : Rumput Korea

Khasiat : Menghancurkan batu karang dalam pundi-pundi kencing , kencing tak lawas dan merawat gout.


Wednesday 20 March 2013

KHASIAT HERBA II




Nama Pokok : Raja satung. Hidup di hutan dara. Pokok ini jenis menumpang di dahan-dahan pokok yang tumbuh di tepi lata.Akarnya berisi seperti ubi keling.


Khasiat : Amat mujarab bagi menyembuhkan raja satung iaitu bengkak seperti bisul yang biasanya terjadi di bahagian belakang.Raja satung amat sakit jika tidak dirawat dengan segera.Isinya dilumatkan dan ditampal di bahagian yang bengkak / bonjolan.






 Nama Pokok : Misai Kucing.

Khasiat : Merawat kencing manis,darah tinggi,gout.sakit sendi,kencing berdarah dan batu karang.  


















Nama Pokok : Keladi tikus

Khasiat : Merawat kenser payu dara dan kenser-kenser lain. Ubi keladi tikus direbus bersama herba-herba lain. Air rebusan diminum bagi mendapatkan khasiatnya. ZS Nusantara menghasil kapsul herba ini untuk merawat kenser.





Nama Pokok : Daun Dewa, Pokok lima rial ( lima ringgit )

Khasiat : Menghilang jerawat,raja satung,bengkak-bengkak. Khasiatnya pada daun dan isinya.


Nama Pokok : Sambung Nyawa

Khasiat :  Menghilangkan migrain dan darah tinggi.


Nama Pokok : Kadok

Khasiat : Memulihkan lemah-lemah , lenguh dan bisa badan dan melegakan sakit tulang.

Enak dibuat ulam, sayur air atau dimasukkan dalam bubur lambuk.

Nama Pokok : Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, sambiloto ( Indonesia ).

Khasiat : Merawat darah tinggi. kencing manis, anti bakteria, anti virus, pencair kahak, melegakan demam panas, pelawas buang air besar,hapus cacing dalam usus, menpercepatkan beku darah bila berlaku luka.


Nama Pokok : Belimbing Tanah.

Khasiat : Penawar kencing manis dan darah tinggi.


Nama Pokok : Kucing galak

Khasiat : Penggalak seks ,asma, batuk, muntah darah. Merawat lemah tenaga batin .Khasiatnya pada akarnya.


Nama Pokok : Tutup bumi

Khasiat : Memulihkan kesihatan wanita terutama lepas bersalin,menghilangkan bisa-bisa badan, mengecut rahim (peranakan ) terutama bagi wanita lepas bersalin.



LATAR BELAKANG

 ZS Nusantara Herbs telah membuat penyelidikan tentang khasiat tumbuhan herba selama 20 tahun lebih.Atas keyakinan bahawa setiap kejadian Allah bukanlah sia-sia, semuanya bermanfaat untuk kehidupan manusia dan hidupan lain.

ZS Nusantara Herba telah berjumpa dengan beberapa orang tua yang berpengalaman dalam penggunaan tumbuhan berkhasiat. Kami telah meneroka hutan belantara dari bukit-bukau hingga ke puncak gunung bagi mencari spesis tumbuhan berkhasiat.

Setelah yakin dengan penemuan-penemuan yang berharga dari rimba belantara, ZS Nusantara Herbs mula mengamalkan sendiri pemakanan berasaskan herba berkhasiat.Kawan-kawan dan kenalan-kenalan mula berminat untuk mencuba khasiat herba semulajadi apabila melihat tahap kesihatan kami sekeluarga yang seolah-olah tak dimamah usia.

Kini ZS Nusantara Herbs telah menghasilkan beberapa produk berkhasiat dengan adunan sepenuhnya tumbuhan dan rempah ratus tradisional sebagai pemakanan berkhasiat untuk lelaki dan wanita.

ZS Nusantara Herbs membuka ruang kepada anda semua untuk berkongsi pengalaman atau jika berminat untuk mencubanya bolehlah menghubungi kami untuk keterangan lanjut. ZS Nusantara Herbs juga membuka ruang kepada sesiapa yang berminat menjadi ejen jualan. Keuntungan.amat menggalakkan.

KITA BERIKHTIAR ALLAH YANG MENENTUKAN SEGALA-GALANYA.......

Tuesday 19 March 2013

POKOK HERBA BERKHASIAT




Nama Pokok : Belalai gajah. Tumbuhan renek.Sedap dibuat sayur air.

Khasiat : Merawat kenser payu dara dan lain-lain jenis kenser.



Nama Pokok : Lempoyang, Bola hitam
 ( isinya hitam ),Bola kuning ( isinya kuning).

Khasiat : Bunganya untuk luka.Daunnya direbus untuk mandian lepas bersalin.Isinya untuk ramuan memulihkan tenaga kelelakian.







 Nama Pokok : Labu kayu. Buahnya bulat sebesar kepala,berwarna hijau dan keras seperti kayu.Isinya lembut seperti isi labu air.


Khasiat : Buahnya dimasukkan dalam ramuan penawar  kencing manis. Buahnya juga boleh merawat masalah busung dan bengkak dalam perut.





Nama Pokok : Pokok serapat.

Khasiat : Akar dan kulit batangnya dimasukkan dalam ramuan awet muda. Memulihkan kesihatan wanita,mengecut dan memulihkan peranakan wanita selepas bersalin , memulihkan urat saraf dan sendi. Menghilangkan bau yang tak enak pada alat sulit wanita ,menyempitkan lubang vagina, merawat senggugut dan keputihan. 



Nama Pokok : Tongkat Ali , Penawar Pahit, Muntah Bumi , Petala Bumi , Pasak Bumi  ,Seribu penawar dan pelbagai panggilan lagi mengikut tempat dan negara.


Khasiat : Daunnya  untuk dimasukkan dalam ramuan awet muda perempuan , Buahnya boleh dimasukkan dalam ramuan penjagaan kesihatan lelaki dan wanita. Akarnya banyak khasiatnya antaranya ; penggalak seks,pening kepala, luka-luka, bengkak kelenjar, anti lukemia, anti tumur, dapat meningkatkan hormon lelaki.












Nama Pokok : Pokok Ajaib. Nama ajaib kerana apabila kita memakan sebiji buahnya,semua makanan lain akan rasa manis walaupun ianya masam.Buahnya hanya sebesar kismis dan bila masak berwarna merah terang.



Khasiat :  Buah dan daunnya dimasukkan dalam penawar kencing manis.





Nama Pokok : Jarum Tujuh Bilah, Masyarakat Cina popular dengan panggilan Pokok Seribu Satu Khasiat.


Khasiat : Penawar kenser terutama golongan wanita, menghilangkan sakit atau pening kepala, mengurangkan lenguh-lenguh dan menyegarkan badan.  Khasiatnya pada penggunaan daunnya. Boleh dibuat ulaman atau dikunyah begitu sahaja. Buahnya boleh merawat masalah jantung.


Nama Pokok : Mas Cotek, Sempit-Sempit, Kangkalibang, Tabat Barito , Telinga Kera. Terdapat 80 jenis di Malaysia.


Khasiat : Daun dan buahnya dimasukkan dalam ramuan awet muda. Dapat mengecut dan memulihkan rahim ( peranakan ) terutama bagi wanita lepas bersalin, memulihkan kesihatan wanita, merawat paru-paru berair, penawar kencing manis, merawat tekanan darah tinggi, lemah jantung, merawat cirit-birit, melancarkan peredaran darah, merawat gout, merawat migrain, angin ahmar dan mengurangkan kolesterol. 








Nama Pokok : Mas cotek jenis daun besar.

Khasiat : Sama seperti diatas.






















Nama Pokok : Sireh


Khasiat : Daunnya boleh dibuat mandian lepas bersalin, menghilangkan gatal-gatal, mehilangkan bau yang tidak enak pada badan atau alat sulit wanita. Akarnya boleh dimasukkan dalam ramuan penawar kencing manis.















Akar serapat ( ekor rimau @ tapak harimau adalah panggilan orang pedalaman sabah } adalah antara ramuan dalam produk awet muda keluaran zs nusantara herbs.




Khasiat : Memulih urat saraf,sendi,memulih kesihatan wanita,menyempitkan lubang vagina .Bagus untuk awet muda








Antara ramuan awet muda - lengkuas genting,sepang , kederang,halia bara,akar serapat,kulit serapat dan rempah ratus.


Khasiat : Penjagaan kesihatan wanita terutama selepas bersalin.Memulihkan kesegaran badan,urat saraf dan melancarkan peredaran darah.






Buah labu kayu 

Khasiat : Antara ramuan dalam produk penawar kencing manis . Ia juga boleh merawat  masalah usus besar dan busung dalam perut.










Habbatu sauda , lada ekor ,lada hitam dan lain-lain antara ramuan dalam produk awet muda keluaran zs nusantara herbs.


Khasiat : Merawat resdung, memanaskan badan, melancarkan perjalanan darah, membuang angin dalam usus dan badan,memulihkan kesihatan lelaki dan wanita.








Akar  kucing galak.


Khasiat : Penggalak seks bagi lelaki dan wanita, merawat asma, batuk dan muntah darah.











 Manjakani atau cikani dan kelentik kering


Khasiat : Meningkatkan penguasaan golongan wanita, masalah keputihan alat sulit wanita, baik untuk penjagaan kesihatan wanita, memulihkan peranakan (rahim) wanita,merawat masalah senggugut.Dimasukkan dalam ramuan awet muda.






Monday 18 March 2013

ZS NUSANTARA PRODUCT (FOR SALE)






Awek Muda

Ramuanadunan 30 tumbuhan herba asli dan rempah ratus antaranya kacip fatimah, sesempit, serapat akar, serapat pokok, manja kani, mas cotek, dan lain2 herba


Khasiatawet muda, lepas bersalin, senggugut, keputihan, kecut peranakan, keputihan dan lain2 sakit puan. baik untuk amalan kesihatan wanita 




K-P Pulih Tenaga

Ramuanramuan herba asli terpilih antaranya akar kara, isi halia padi, isi bola hitam, halia bara, dan lain2 herba terpilih.

Khasiatlemah tenaga batin, sakit urat dan sendi, kelesuan, dan buang angin. untuk wanita dan lelaki.


Penawar Kencing Manis

Ramuanramuan herba asli terpilih antaranya hempedu bumi,buah labu kayu, tunjuk bumi, peria katak, putar wali, buah nipah, daun basmah, tebu gajah, mas cotek, dan lain2 herba terpilih.

Khasiat: penawar bagi kencing manis dan darah tinggi.



Minyak Khasiat (Sejuk)


Ramuan: secara traditional 70 herba untuk luaran.

Khasiat: sakit urat, bengkak, patah, terseliuh, luka, terkena api, lepas bersalin, bayi kembung perut, angin ahmar.



Minyak Khasiat (Panas)

Ramuanramuan secara traditional terdiri daripada herba terpilih, rempah ratus, minyak panas dan minyak. kegunaan untuk luaran sahaja.

Khasiatsakit urat, sakit sendi, digigit binatang bisa, angin ahmar kembung perut, dan luka kemalangan.