picture header

picture header

Wednesday 20 March 2013

KHASIAT HERBA II




Nama Pokok : Raja satung. Hidup di hutan dara. Pokok ini jenis menumpang di dahan-dahan pokok yang tumbuh di tepi lata.Akarnya berisi seperti ubi keling.


Khasiat : Amat mujarab bagi menyembuhkan raja satung iaitu bengkak seperti bisul yang biasanya terjadi di bahagian belakang.Raja satung amat sakit jika tidak dirawat dengan segera.Isinya dilumatkan dan ditampal di bahagian yang bengkak / bonjolan.






 Nama Pokok : Misai Kucing.

Khasiat : Merawat kencing manis,darah tinggi,gout.sakit sendi,kencing berdarah dan batu karang.  


















Nama Pokok : Keladi tikus

Khasiat : Merawat kenser payu dara dan kenser-kenser lain. Ubi keladi tikus direbus bersama herba-herba lain. Air rebusan diminum bagi mendapatkan khasiatnya. ZS Nusantara menghasil kapsul herba ini untuk merawat kenser.





Nama Pokok : Daun Dewa, Pokok lima rial ( lima ringgit )

Khasiat : Menghilang jerawat,raja satung,bengkak-bengkak. Khasiatnya pada daun dan isinya.


Nama Pokok : Sambung Nyawa

Khasiat :  Menghilangkan migrain dan darah tinggi.


Nama Pokok : Kadok

Khasiat : Memulihkan lemah-lemah , lenguh dan bisa badan dan melegakan sakit tulang.

Enak dibuat ulam, sayur air atau dimasukkan dalam bubur lambuk.

Nama Pokok : Hempedu bumi, hempedu tanah, akar cerita, sambiloto ( Indonesia ).

Khasiat : Merawat darah tinggi. kencing manis, anti bakteria, anti virus, pencair kahak, melegakan demam panas, pelawas buang air besar,hapus cacing dalam usus, menpercepatkan beku darah bila berlaku luka.


Nama Pokok : Belimbing Tanah.

Khasiat : Penawar kencing manis dan darah tinggi.


Nama Pokok : Kucing galak

Khasiat : Penggalak seks ,asma, batuk, muntah darah. Merawat lemah tenaga batin .Khasiatnya pada akarnya.


Nama Pokok : Tutup bumi

Khasiat : Memulihkan kesihatan wanita terutama lepas bersalin,menghilangkan bisa-bisa badan, mengecut rahim (peranakan ) terutama bagi wanita lepas bersalin.



No comments:

Post a Comment